Gunung Liang East & West bersama KKM Tanjung Malim
Gunung Liang East dan West, antara yang ada dalam list gunung. Setiap kali kayuh basikal melalui Route 1 mesti tergerak hati bila lah boleh memanjat Gunung Liang East dan West. Dengan ketinggian 1933 meter atau 6342 kaki. Peluang yang ada tidak disia-siakan atas jemputan Nature Heritage Management saya merelakan diri menjadi 'sweeper' untuk trip ini. Persiapan dan perancangan sudah disusun rapi oleh Lan selaku orang kuat Nature Heritage. Diserahkan tugas-tugas am kepada mereka yang lain kerana terpaksa ke Chemerong-Berembun-Lansir untuk membawa pelajar dari Sabah. Persiapan berjalan dengan lancar dengan persetujuan rakan-rakan seperjuangan. Maka bermulalah pengembaraan bersama-sama staff Hospital Slim River rata-ratanya dikhabarkan 1st timer. kronologi adalah seperti yang direkod buku nota kecil bersama pen hitam.
Tarikh : 17 - 19 April 2015
Ahli Majlis : Lan, Yana, Fende, Ina, Fiza, Cikgu, Leya, Firdaus, Danial, Along, Subki, kawan-kawan dan Staf Hospital Slim River.
Hari 0 - ( 17 April 2015 )
2009 : Memulakan perjalanan dengan menaiki LRT Melati ke KL Sentral seperti yang dijanjikan oleh Yana. Yana tidak familiar dengan jalan-jalan lain di sekitar KL. Hanya mahir KL Sentral,Jalan Kelang Lama,Puchong dan Highway PLUS menghala ke Rengit.
2040 : Tiba di KL Sentral seperti yang dijanjikan 2030 tetapi agak tersasar 10 minit. Wajah-wajah mereka yang lain masih lagi belum muncul.
2109 : Bergerak dari KL Sentral makan sate di Jalan Kelang Lama.
2130 : Tiba di Warung Satay Mak Long. Disambut oleh pelayan-pelayan yang comel didatangkan khas dari Indonesia province mana tidak dapat dikenalpasti berkemungkinan Sumatera. Satay dipesan berupa ayam dan daging, kuey teow kungfu, bihun kungfu, tauhu bakar air macam-macam jenis. Sambil menunggu status update dari kawan-kawan yang lain. Fendi dari Subang, Lan dari Chemerong, Cikgu dari Kampung Suharto dan Along dari Tanjung Malim. Dikhabarkan ada group dari UITM Shah alam dan Sri Iskandar juga akan ke Gunung Liang pada hari yang sama. Maka strategi disusun untuk melancarkan perjalanan trip kami.
2258 : Selesai makan dan bergerak ke Sungai Dara Ulu Slim. Memulakan perjalanan dengan salah jalan di sekitar KL kerana driver kami Yana hanya expert dikawasan jajahan dia sahaja. Perjalanan menjadi perlahan dengan kesesakan KL yang melampau di hari jumaat. Laluan kami pun berubah mengikut keadaan. Dalam perjalanan masing-masing update status dan lokasi semasa di group whatsapp.
Hari 1 - ( 18 April 2015 )
0040 : Selamat tiba di Tol Tanjung Malim. Menunggu arahan dari mereka yang lebih arif dan expert. Bertindak mengikut arahan, kami ke Kg Ulu Slim untuk join Cikgu dan Along yang sudah lama menunggu di kedai makan. Makan dan sembang-sembang sesi berkenalan dengan kawan-kawan baru, Sue dan Hani. Sambil menunggu kawan-kawan lain tiba.
0300 : Tiba di Sungai Dara. Masing-masing sudah macam zombie mata layu otak dah berdenyut-denyut. Tiada perkara lain yang lebih penting melainkan tidur, baring sesedap rasa dan di mana-mana sahaja asalkan boleh lena menjelang siang hari tiba.
0420 : Yana sedang menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari untuk peserta dan krew. Breakfast roti gardenia calit kaya dan planta. Makan tengahari nasi briyani ayam masak merah. Sembang sambil menunggu mereka dari Hospital Slim River tiba.
0924 : Selesai mengagihkan ration dan lain-lain. Peserta sudah berarak masuk. Ada yang maju ke depan bersemangat sungguh. Juga pelajar UITM tiba diberitakan 60 orang kekuatan anggota.
0950 : Sesi briefing oleh Lan inti pati briefing ialah jarak perjalanan Sungai Dara - Lubuk Hantu 2 jam 30 minit, Lubuk Hantu - Kem 7E 4-5 jam destinasi budget kami untuk hari ini. Peringatan untuk tidak membuang sampah. Kita ini orang ada akal sepatutnya tiada sampah di hutan. Bacaan doa oleh ketua program dari Hospital Slim River.
1005 : Start trekking setelah selesai dan memahami kontrak pendakian. Seperti biasa ditugaskan untuk menjadi sweeper bersama-sama Liya.
1030 : Stop (295M ASL)
1035 : Start
1115 : Stop (405M ASL) berhenti di kawasan balak tumbang sembang dengan mereka. Di sini baru suku perjalanan ke Lubuk Hantu. Masih jauh lagi rupanya perjalanan kami. Al Maklumlah tidak pernah menjejakkan kaki ke sini. Perjalanan dan trek tidak dapat di baca dengan sempurna. Perlu prepare mental dan fizikal yang secukupnya untuk mengharungi baki pendakian.
1130 : Start
1203 : Stop (480M ASL) take 5 kelihatan 2 abang dari hospital sedang berehat agak kepenatan dan cramp.
1213 : Start
1225 : Stop (535M ASL) mengantuk.
1245 : Start
1311 : Tiba di Lubuk Hantu (620M ASL) mereka yang lain sedang menunggu kami. Masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk berehat dan makan nasi bekalan tenaga seterusnya. Daus menyertai group belakang jalan santai makan angin.
1407 : Start. Di atas trek Lubuk Hantu ada 2 orang abang ni telah meminta izin untuk camping di Lubuk hantu kerana sudah tidak dapat meneruskan perjalanan ke Kem 7E.
1444 : Stop (740M ASL) mengantuk sesekali ada group yang turun soalan wajib kami. jauh tak orang di hadapan? soalan yang soalan yang akan dapat jawapan yang berbeza-beza sukar untuk kami menerimanya.
1505 : Start
1545 : Stop (890M ASL) tidur sekejap kerana mengantuk mata tak tahan katanya. Set alarm untuk tidak terus terlana sampai ke pagi.
1619 : Start
1658 : Stop (1025M ASL) take 5, makan apa sahaja yang ada.
1710 : Start dengan kuasa minda (gaya Dr Azizan) kami meneruskan perjalanan ke Kem 7E yang entah dimana tidak dapat dipastikan. Hanya dapat info trek memacak tiada kesudahannya. Di mana lokasi sebenar tidak diketahui.
1725 : Stop (1090M ASL) tidak dapat dipastikan aktiviti kami di sini
1740 : Start dengan kuasa minda yang ada.
1801 : Stop (1145M ASL) sembang trip yang lepas. Topik perbualan tidak dapat dikenalpasti. Di sini sweeper dah jadi sleeper mengantuk yang amat sangat. Ada yang bercita-cita nak tukar hobi nak buat trip memanjat pokok.
1815 : Start
1905 : Stop (1285M ASL) ready dengan headlamp masing hari sudah menginjak ke senja perjalanan masih tidak dapat dipastikan destinasi dituju. Berdasarkan jam Protrek Casio, Kem 7E berada dalam sekitar ketinggian 1400M-1500M jadi perjalanan akan mengambil masa kira-kira 1 jam ke 1 jam 30 minit.
1935 : Start. Setelah mental layan trek memacak, dengan kuasa minda Dr Azizan kami kembali focus tiada stress untuk mengharungi baki perjalanan.
2045 : Kem 7E (1450M ASL). Mereka yang lain sudah bersenang-senang rehatkan badan dan minda. Sambil chef Yana sedang menyediakan makan malam. Menu nasi putih, paru-paru salai, kerabu mangga, ikan kering. Apa-apa pun bersyukur rezeki kami. Sesi menggantungkan hammock masing-masing kerana kasta kami sudah dinaikkan. Terima kasih kepada Danial yang sudi memasangkan hammock. Nikmat sungguh tidur atas hammock lebar kain parachute replica. Original mungkin mahal sangat harganya. Malam kami dihiasi dengan cerita benar dan tahyol. Cerita benar perancangan trip ke Annapurna Base Camp (ABC), Karakoram (Pakistan) dipengerusikan oleh Encik Afende dan local trip oleh macam-macam panel dengan hujah dan persembahan tersendiri antara trip rare ialah Gunung Rabong. Selamat malam dunia.
Hari 2 - ( 19 April 2015)
0610 : Start trekking ke puncak, pada awalnya di dijangka jam 0500 untuk bergerak. Tetapi kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Berjalan dalam gerak yang perlahan kerana trek memacak tak sudah-sudah.
0800 : Stop (1875M ASL) take 5 sekejap. Student UITM tiba kejadian potong memotong dan kejar mengejar berlaku.
0809 : Start. Udara yang segar, nyaman, sejuk, nikmat tak terkata walaupun terpaksa berjalan dalam gelap dan sejuk. Reward untuk diri sendiri dapat menikmati suasana sebegini yang tidak akan dapat di bandar penuh dengan asap monoksida. Jantung dan paru-paru bertambah sihat ditambah pula kami sudah makan paru-paru lembu semalam.
0829 : Tiba di Gunung Liang West (1940M ASL).
0839 : Tiba di Gunung Liang East (1940M ASL). Sesi bergambar dan sembang-sembang dengan group dari UITM.
0957 : Start trekking turun setelah puas bergambar.
1122 : Selamat tiba di Kem 7E(1410M ASL). Chef Yana sedang masak makan tengahari dengan menu Spaghetti Aglio e Olio dan Laksa Sardin dipadankan dengan teh 'o' limau. Rezeki kami untuk hari ini setelah penat, bersusah payah ke puncak Gunung Liang East & West.
1306 : Siap packing dan get ready untuk turun ke Sungai Dara.
1320 : Start.
1411 : Stop(1085M ASL) take 5. Ada kawan injured. Perlahan-lahan mengekori jejak mereka. Seorang cramp dan seorang lagi disyaki muscle tear bahagian paha. Kaki tak kuat untuk support badan dan berjalan agak lemah.
1430 : Start
1600 : Tiba di Lubuk Hantu, perjalanan kami di temani hujan yang agak lebat. Makan apa sahaja yang ada.
1629 : Start
1740 : Stop (485M ASL) sungai pertama dari Lubuk Hantu. Kawan sudah injured sedikit support diberikan kepadanya. Kerana kaki sudah lemah tidak bertenaga dikhabarkan on diet atkins diet low carb intake, weight loss program. Mungkin juga penyebab tenaga tidak cukup untuk supply kepada otot dan urat saraf (doctor sila betulkan statement).
1755 : Start.
1825 : Sungai Kedua
1847 : Sungai Ketiga
1913 : Sungai Keempat
1953 : Sungai Kelima
2006 : selamat tiba di Empangan Sg Dara. Staff Hospital Slim River bergerak ke destinasi masing-masing setelah peserta terakhir yang injured selamat tiba.
2111 : Keluar dari Sungai Dara.
2125 : Kedai makan tomyam.selesai makan-makan.
2230 : Berpisah di sini untuk seketika.
0040 : Gombak Setia via Ulu Yam.
Nice trip, Trip OT, dapat kawan baru

0 comments: