Press Conference Mengenai Nature Heritage

Pengumuman!!! Salam buat semua sahabat-sahabat Nature Heritage.  Mulai dari harini, NH tidak lagi menganjurkan sebarang aktiviti r...

Pengumuman!!!


Salam buat semua sahabat-sahabat Nature Heritage. Mulai dari harini, NH tidak lagi menganjurkan sebarang aktiviti rekreasi dan outdoor. NH telah dibubar secara rasmi. Oleh yang demikian, Expedition of Adventure Outdoor (ExoAdventure) telah ditubuhkan dengan gabungan crew crew lama dan baru.

Saya (Yana) ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang pernah menyertai mana-mana program yang dianjurkan NH, saya juga selaku admin memohon maaf jika sepanjang kita beraktiviti ada yang tersalah kata ataupun tersalah laku. Mohon ampun dan maaf ye. Kosong-kosong okay. Hehe

"Bekalan kita dimasa depan adalah sisa sisa memori indah kita bersama"

"Jika ada sumur di ladang,
Boleh saya menunpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Jom lah join ExoAdventure kami."

Segala aktiviti ExoAdventure Outdoor yang terkini akan diupdate dari masa ke semasa di page fb.

Sekian, salam buat semua sahabat-sahabat NH.


Trans Titiwangsa V1

Trans Titiwangsa V1 atau ringkasan V1 menjadi pilihan kami untuk menghabiskan cuti Chinese New Year di hutan dan gunung. Tiga gunung aka...

Trans Titiwangsa V1 atau ringkasan V1 menjadi pilihan kami untuk menghabiskan cuti Chinese New Year di hutan dan gunung. Tiga gunung akan ditawan iaitu Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar. Trekking selama 6 hari merentas Banjaran Titiwangsa dikategorikan santai-santai. Persediaan dibuat sebaik-baiknya demi menjayakan misi V1 kami. Kronologi trip kami bermula seperti berikut:- 

Crew & peserta 


Tarikh: 06.02.2016 - 12.02.2016

Ketua Rombongan @ Guider: Lan

Crew: Yana, Cikgu, Azzim, Ekmal, Subki, Abg Nan

Ahli Rombongan: , Cham, Matmal, Azrul, Baem, Ikram, Ika Fantasi, Mujadid, Utbah Shapiee, Ikhwan Muzaik

Hari - 1 (06 February 2016)

0600 : Siap-siap packing rucksack masing-masing di Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta. Tiba agak lewat kerana jalan jammed ramai orang balik kampung sempena CNY. Bersembang-sembang dengan qariah masjid ini. Ramai geng gunung datang dari pelusuk negara untuk menghabiskan cuti-cuti di hutan belantara. Bersiap-siap untuk sarapan dan seterusnya ke Empangan Sultan Azlan Shah.

1014 : Final check & packing dalam suasana yang mendung hujan gerimis.

1027 : Tiba di parking Empangan Sultan Azlan Shah.

1105 : Siap briefing dan stretching. Undang-undang standard hutan dan pantang larang. Antaranya; jangan trekking seorang, jangan buang sampah, lost trek sebaiknya back trek dan lain-lain tentang safety take care each other.

1107 : Restart trekking dalam hujan gerimis perasaan bercampur-campur mengenangkan akan trekking dalam keadaan basah.

1235 : Stop (450M ASL) tepi sungai take 5 sambil minum dan bersembang-sembag melupakan seketika penat memanjat.

1255 : Restart

1358 : Tiba di sungai ke-4 (535M ASL)

1500 : Sungai ke-5

1515 : Sungai ke-7 (600M ASL) mandi makan tengah hari dan rest. Sesi berkenalan dengan kawan-kawan baru, Group Korga dan Group Transtiti.

1624 : Restart trekking memandangkan masing-masing sudah bertenaga.

1730 : Take 5 (770M ASL) lapar dan ada yang benafas dengan telinga mental sudah kacau mulut sudah tersasul. Dalam perjalanan masing berdoa agar dapat bermalam di Kem Seroja, memandangkan ada di kalangan kami yang sudah injured dan penat. Trekking dalam hujan bertemankan Wan (Group Korga) tulang lutut sudah bergesel-gesel, perlahan-lahan berjalan untuk ke Kem Seroja.

1835 : Selamat tiba di Kem Seroja (825M ASL) marking disc color orange no 37. Doa kami dimakbulkan dapat bermalam di Kem Seroja lega tak terungkap dengan kata-kata. Selesai untuk hari pertama, ada 5 hari lagi baki perjalanan kami (Group Transtiti) dan 3 hari untuk (Group KorGa).

1900 : Chef kami tengah menyediakan makan malam. Sambil sesi sembang-sembang di dapur dengan berbagai-bagai petua diberikan oleh Hasnan atau Abg Nan.

Untuk sakit pinggang guna ikan haruan bakar dengan tanah liat, untuk sakit lutut layut batang pisang hutan dan tekap pada lutut dan untuk kayap bakar taik kucing kering dan ditumbuk diberi minum pada orang sakit kayap. 

Banyak petua dan ilmu orang lama diberikan oleh Abg Nan.  Menu istimewa kami hasil dari olahan chef Yana, berupa nasi putih, ayam masak lemak cili api, sayur, telur dadar dan dipadankan dengan teh herba cina bagi menambahkan semula tenaga. Hujan renyai-renyai menambahkan lagi suasana syahdu bercamping.

Hari - 2 (07 February 2016)

0700 : Selamat pagi dan sarapan sudah tersedia dengan menu bihun goreng dan lunch pack nasi putih dan ayam masak kicap.

0945 : Briefing tentang perjalanan kami pada hari ini. Kem Seroja - Kem Kijang - Last Waterpoint - Kem Botak - Chuban - Anak Korbu - Puncak Korbu. Trekking seolah-olah waktu office hour 0900-1800. Mereka yang injured dinasihatkan berehat di Kem Seroja untuk mengelakkan dari lebih kecederaan yang lebih serius.

1010 : Restart trekking dengan formasi group Korga bergerak di hadapan dan group Transtiti menyusul kemudian.

1115 : Stop (955M ASL) take 5 dan share topic tentang herba-herba hutan dan beg-beg pilihan terbaik. Arcteryx Tango terbaik (harga second hand RM2,500) dan Berghaus C7 juga pilihan bijak, mengikut pandangan Abg Nan.

1140 : Restart trekking.

1222 : Kem Kijang (1045M ASL) regroup setelah melayan bukit yang agak panjang, menyusuri lembah dan 3 river crossing. Group Korga tiba jam 1140. Sesi mencuba dan fit beg Arcteryx Tango Abg Nan. Semua surrender dan tidak sanggup memikul beg Arcteryx Tango.

1257 : Restart

1335 : Stop take 5 (1210M ASL) snack hour dan ditemani mp3 lagu Liayan Fizi- Nona Nona Zaman Sekarang. Ika agak penat memandangkan ini adalah gunung kategori hardcore pertamanya. Tetapi tertipu dengan perkataan ‘santai-santai’ Transtiti di Group HACAM (Hiking And Camping Around Malaysia).

1353 : Last Waterpoint (1210M ASL) ramai yang sudah di sini menunggu untuk regroup seperti yang dijanjikan. On trek group belakang regroup dahulu, Ikhwan sudah terbaring sudah tidak larat katanya. Makan tengahari dengan menu nasi putih, ayam masak kicap dan air sungai. Sedikit tenaga untuk bekalan ke Puncak Botak - Chuban - Korbu. Sesekali bertegur dengan group lain yang dalam perjalanan ke Kem Seroja / Kem Kijang.

1657 : Restart trekking selepas siap makan late lunch dan refill air untuk kegunaan peribadi dan ‘company’. Beban bertambah dengan tambahan air.

1740 : Stop take 5 (1680M ASL) sembang-sembang penghilang penat.

1750 : Restart

1830 : Puncak Botak (1830M ASL) snack hour rest jap selepas mengadap bukit yang tak habis-habis.

1855 : Chuban (2040M ASL), angin  kencang dan berbincang dengan  mengenang nasib kami untuk baki perjalanan dan hari seterusnya.

2058 : Restart


2228 : Puncak Korbu (2150M ASL) dengan catatan rasmi 2180M ASL. Setelah penat, tersungkur, terlungkup,terlentang , terlanggar akar kayu, memanjat tangga dan macam-macam lagi suka duka demi ke puncak Korbu. Last memanjat di sebelah kanan selepas Anak Korbu hidung sudah menghidu bau-bau kari mungkin Meggi mee kari atau kari ikan dan kambing. Nikmat syukur tak terkata mengenangkan nasib sudah Berjaya menghabiskan hari kedua.

Hari - 3 (08 February 2016)

0000 : Makan lewat malam dengan menu bubur nasi ikan masin. Masing-masing duduk berhimpit disebabkan cuaca berangin dan sejuk. Group sebelah masih gagal memasak nasi di puncak. Menu utama mereka ayam dan tempe goreng cili.

0700 : Sarapan pagi dengan menu roti dipadankan dengan sos tomato Italian taste. Mini gathering di Puncak Korbu dengan kawan-kawan baru dan lama. Ada yang pertama kali jumpa face to face yang selama ini hanya berkenalan di Facebook. Cuaca pagi yang sejuk dengan view Bandar ipoh dan gunung-gunung lain di Banjaran Titiwangsa.

1100 : Bersiap-siap untuk ke Puncak  Gayong.

1139 : Restart trekking

1421 : Stop take 5 (2045M ASL) Ini adalah untuk ke sekian kalinya berhenti dan regroup. Bercerita tentang kasut dan terputus dengan dunia luar.

1440 : Restart

1514 : Junction Korbu - Gayong - Kem Cerek. Makan sikit sebab dah ‘lapaq diq-diq’

1550 : Bergerak dari Puncak Gayong (2125M ASL) jam protrek dan catatan rasmi ialah 2173M ASL.

1608 : Restart trekking dari Junction Proton. Bertemu dengan satu group dengan kekuatan 9/10 anggota. Info dari mereka banyak group terpaksa patah balik kerana hujan dan ribut di Yong Belar.

1642 : Kem Cerek(1995M ASL) menu maggi sahaja, cepat dan senang dimakan. Bekalan air diambil nun jauh di bawah terlungkup, tersungkur kami demi bekalan air untuk dibawa ke Kem Junction.

1837 : Selesai makan Meggi dan bersedia untuk ke Kem Junction untuk lokasi bermalam kami di hotel beribu bintang kami. Kami ‘overtime’ lagi untuk malam ini. Sambil-sambil bersembang dengan Abg Nan kerap bermimpi seolah-olah petanda kawan-kawan gunung akan hilang dan pergi selamanya. Juga diselit dengan kisah Nabil di trip terakhirnya.

1852 : Restart trekking

1940 : Stop rehat sekejap (2045M ASL) menemani Ikhwan di belakang yang agak kepenatan dan bekalan airnya sudah habis dan memerah lumut untuk minum. Ikhwan refuse untuk setting padding begnya.

2011 : Restart trekking

2055 : Stop take 5(1850M ASL) penat ‘lapaq diq-diq’ power dari meggi sudah habis snack hour share apa sahaja makanan yang ada. Beg Ikhwan sudah resetting untuk menambah keselesaannya.

2115 : Restart

2135 : Stop take 5 (1900M ASL) masing-masing sudah penat dan memikirkan berapa lama lagi mahu sampai. Memanjat akar kayu yang tidak habis-habis.

2143 : Restart


2318 : Akhirnya selamat tiba di Kem Junction (2085M ASL). syukur tidak terkata kerana Berjaya juga tiba untuk berehat. Selepas masing-masing penat memanjat, menurun dengan aksi stunt terlungkup, tersadung, terlentang, berjalan dalam gelap malam terlanggar akar, terhentak kepala di kayu jerlus di celahan akar dan lumpur dan lain aksi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Suasana Kem Junction yang sejuk dan berangin membuatkan malam kami lebih ‘tough’ dan perit tetapi manis untuk dikenang-kenangkan.

Hari - 4 (09 February 2016)

0135 : Makan lewat malam kami berupa tomyam fishcake, sosej, fishball dan sayur. Dipadankan dengan air Kopi Kerunai (homemade coffee). Menu berkuah dan pedas dipilih sebagai pemanas badan penambah tenaga kami yang sudah habis. Ini adalah hasil olahan chef dedikasi Yana. Angin masih kuat masing-masing sudah tidak sanggup untuk keluar dari flysheet.

0700 : Suasana pagi yang sejuk dan berangin dipanaskan dengan air kopi sambil bercerita pagi di tepi flysheet dengan topic cerita ‘Castaway’, kambing gurun dan seladang. Info baru dapat pada pagi ini, kawasan batu kapur menjadi habitat untuk kambing gurun dan salah satu kawasannya ialah Padang Rengas, Perak.

1020 : Siap makan sarapan pagi dengan menu spageti goreng. Ink pen sudah sejuk membeku terpaksa mengurangkan dan save ink hari-hari berikutnya. Moral of the story bawa pen lebih dan spare. Cham (bukan nama sebenar) dengan raincoat berbunga-bunga katanya hadiah dari girlfriend .

1035 : Start trekking untuk hari ke-4. Selepas briefing tentang perjalanan hari ini. Dengan jarak perjalanan di pendekkan tidak mengikut trek Three Boundries seperti planning asal.

1515 : Tiba di anak sungai sebelum Kem H2O(1595M ASL) untuk makan tengahari dengan menu nasi putih dan ayam masak merah. Trekking ke sini dalam keadaan yang mencabar dengan tanah runtuh di kawasan berbatu. Kerjasama amat ditagih apabila tiba di sini. On trek ke sini bertembung dengan group NOA diketuai oleh Anastasia (bukan nama sebenar). Bertanya condition dan trek di Yong Belar, katanya hujan lebat, ribut dan tidak boleh setup khemah dan memasak. Dugaan untuk mereka untuk trip ini.

1550 : Restart untuk ke kem H2O.


1623 : Kem H2O(1495M ASL) hari ini tiada ‘overtime’. Masing-masing setup fly dan ground untuk malam ke-4 kami. Sambil preparation makan malam sedang dibuat oleh chef Yana.  Semua happy di kem ini kerana dapat mandi setelah 3 hari tidak mandi. Mandi dalam suhu sejuk membeku sesuatu yang nikmat untuk dikenangkan. Segar dan selesa tidak terkata.

2200 : Selesai makan malam dengan menu utama daging salai masak lemak, sayur goreng, jantung pisang hutan hasil carian on trek ke dari Kem Junction. Malam kami disulami dengan cerita Abg Nan tentang kisah  mistik di Gunung Bubu, Ulu Kenas, di situ ada perkampungan bunian dengan kelibat orang berbasikal di puncak dan lain-lain kejadian.

Hari - 5 (10 February 2016)

1117 : Selepas selesai briefing dan breakfast.

1205 : Puncak H2O take 5 (1655M ASL)

1217 : Restart

1405 : Stop (1935M ASL) untuk lunch hour di puncak tidak bernama ‘lapaq diq-diq’

1432 : Restart selepas topup tenaga.

1558 : Stop take 5 (1910M ASL)

1612 : Restart

1750 : Kem Kuali (2020M ASL) refill air untuk bekalan ke puncak Yong Belar.

1840 : Restart untuk ke Puncak Yong Belar, destinasi bermalam di hotel berbintang-bintang kami untuk malam terakhir.

1945 : Selamat tiba di Yong Belar(2170M ASL) catatan rasmi (2181M ASL). Mereka yang tiba awal sedang menyiapkan flysheet angin kuat dan sejuk ditiup angin bayu.


2200 : Masing-masing sudah kepenatan. Selingan makan malam dengan biskut, milo, kek pisang dikongsi bersama. Makan malam kami berupa kari daging, sayur goreng dan sambal hitam bilis. Sungguh nikmat dimakan dalam suasana sejuk membeku.

Hari - 6 (11 February 2016)

0200 : Sembang-sembang recap trip sebelum tidur dengan air Ovaltine panas menjadi peneman. Masing-masing on phone untuk result EPL. Leceiscter City menang Manchester City. Malam terakhir kami di Trip Transtiti. Masing dengan irama dengkuran yang berbagai. Good night.

0700 : Pagi yang berangin dan sejuk. Masing-masing bersorakkan apabila kabus bertiup dan menampakkan view puncak Korbu dan Gayong yang tersergam indah di kejauhan.

1030 : Breakfast kami dengan menu lempeng, cucur bawang dipadankan dengan kari daging. Pancake coklat sebagai pengganti kek untuk meraikan February birthday boy (Abg Nan & Ikhwan).

1250 : Briefing utuk trekking hari terakhir, trekking mengambil masa kira-kira 7-8 jam.

1255 : Selesai briefing dan bacaan doa yang agak tersangkut-sangkut oleh Abg Nan kerana mungkin sudah tidak sabar dan gembira untuk keluar ke kawasan bertamadun. Perasaan gembira bercampur suka dan duka untuk sepanjang trip.

1435 : Kem Kasut (1960M ASL) refill air dari waterpoint yang terletak jauh di bawah. Kem kasut yang masih berlumpur dan lembap. Trek berlumpur dari puncak Yong Belar membataskan sedikit perjalanan kami.

1455 : Restart setelah selesai refill dan rehat.

1610 : Take 5 (1940M ASL)

1615 : Restart.

1630 : Stop (1935M ASL) untuk late lunch. On trek, nampak lumpur dah semacam coklat moist cake kata Ekmal Haris (bukan nama sebenar).

1700 : Restart trekking untuk ke Kem Tudung Periuk seperti yang dijanjikan. Trek masih berlumpur. Kami perlahan-lahan berjalan di belakang.

1909 : Kem Tudung Periuk (1680M ASL). On trek ke sini terdengar orang bersembang-sembang di sebelah kiri. Tetapi tidak dapat dipastikan bahasa yang digunakan atau mungkin mereka yang lain sedang menunggu kami tengah berborak-borak.


1935 : Bergerak dari Kem Tudung Periuk untuk ke Blue Valley Dam.

Hari - 7 (12 February 2016)

0025 : Selamat tiba di Blue Valley Dam dan 4x4 sedang menuggu kami. Perasaan amat gembira dan bersyukur  setelah berjaya mengharungi bukit, kebun sayur,batang paip dan anak tangga. Mental agak tercalar mengenangkan terpaksa berjalan di atas paip yang licin dalam keadaan gelap malam. Terjatuh dan kaki terkepit di celahan batang paip plastik yang licin. Cabaran yang perlu ditempuhi kami untuk keluar.

0110 : Selamat tiba di homestay untuk berehat seketika. Masing-masing sudah berjalan macam ‘Robocop’ kaki tidak boleh dibengkokkan. Semua kempunan untuk makan KFC kerana sudah tutup dan pasar malam Brinchang pun sudah tutup. Maka menu alas perut kami ialah Meggi tomyam dan kari. Sementara menunggu Ikram membawa balik nasi dan ayam dari kedai mamak. Masing-masing kesejukan dan keletihan menuggu giliran untuk mandi. Sesi berborak dan recap kisah dan kenang-kenangan trip Transtiti V1.

0800 : Siap-siap untuk sarapan ala kadar sahaja dengan ihsan megi dan balance ration yang tinggal.

1200 : Siap untuk check out dari homestay  dan misi mencari bas di Station Bas Tanah Rata. Makan tengahari di gerai berhampiran Tanah  Rata. Hari ini chef boleh off duty.

1530 : Berpisah untuk seketika selesai membeli tiket bas dan bersedia untuk bergerak ke KL.  Sekian.








Nice trip, See you,when I see you.

Catatan Log : Subki Hussin

Trip Pembukaan 2016 - Gunung Rajah via Kg Pertak Kuala Kubu Bahru

Gunung Rajah via Kg Pertak,KKB seakan menjadi trek wajib untuk Nature Heritage memandang kebanyakan gunung-gunung di Pahang, Perak dan Ter...

Gunung Rajah via Kg Pertak,KKB seakan menjadi trek wajib untuk Nature Heritage memandang kebanyakan gunung-gunung di Pahang, Perak dan Terengganu ditutup untuk proses pemulihan trek yang agak lunyai dilanyak oleh pendaki-pendaki. Gian melanda kaki outdoor seperti kami, sempena pembukaan tahun baru 2016 destinasi kali ini Gunung Rajah yang sedia menanti kehadiran kami. Line up kali ini adalah terdiri dari future doctor, physician, alchemist, dan teacher. Di waktu yang sesingkat ini moga-moga dapat lah kami mengenali mereka. Synopsis perjalanan kami kali ini bermula di masjid Kuala Kubu Bharu.
Nature Heritage di Puncak Gunung Rajah


Tarikh: 01.01.2016-03.01.2016

Ketua Rombongan @ Guider: Lan

Crew: Yana, Syaqiq & Subki,

Ahli Rombongan: Ikram, Saufi, Eko, Muiz, Shahril, Syukri, Arif, Wathiq, Yusnita, Aziani, Khadijah, Izzati dan Atikah

Hari - 1 (01 January 2016)

0720 : Tiba di gerai makan di Jalan Pahang Kuala Kubu Bharu. Peserta sudah tiba seperti yang dijanjikan dalam whatsapp. Di kesempatan yang ada, perut diisi sebagai pembekal tenaga di pagi hari yang indah. 

0800 : Sesi pagi dimulakan dengan pembahagian ration. Ration kategori mewah sebagai reward untuk semua kerana berjaya menyertai program Nature Heritage

0920 : Bergerak ke Kg Pertak setelah selesai packing dan agihan ration. Bak kata orang “pikul macam hamba, makan macam raja”. 

0934 : Tiba di Kg Pertak (260M ASL) parking sudah penuh ramai kaki outdoor akan melawat kawasan pilihan masing-masing. Antara destinasi pilihan di sini ialah Gunung Rajah, Bukit Kutu, Lata Medang, dan Lata Makau. Final check and pack jika ada tertinggal.

1000 : Briefing perjalanan hari ini diberikan oleh Azlan Goyo selaku guider Nature Heritage. Standard peringatan untuk peserta dan krew, antaranya ialah; gunung bukan tempat sampah, simpan sampah yang dibawa, trekking dengan buddy jangan trekking seorang, jika terlepas atau tersasar back track sehingga berjumpa trek utama, trek dikategorikan baru adalah lebih baik berjalan dalam group untuk memgelakkan dari perkara yang tidak diingini(ancaman binatang, tersasar trek).

1012 : Selesai briefing dan kami memulakan trekking yang sedikit terlewat dari plan asal.

1050 : Tiba di simpang Lata Medang-Lata Makau. Seperti biasa berehat sambil bercerita kosong recap trip lepas. Snack hour untuk topup energy yang sudah hilang. Ada yang tidur memandangkan tidak cukup tidur. Sesi sprinkle air tembakau di kaki masing-masing untuk mengelakkan pacat.

1111 : Start trekking setelah sudah yakin boleh meneruskan perjalanan ke Kem BMW.

1225 : Kem Landak (575M ASL). Take 5 maka apa sahaja yang ada memandangkan sudah tidak jauh untuk ke Kem BMW. Sembang-sembang kosong TV Yana LED sudah rosak berpunca dari sudah lama tidak ‘on’ moral of the story selalu lah ‘on’ TV. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk tidur.

1319 : Kem BMW untuk lunch dengan menu istimewa ayam goreng dan kobis & carrot goreng. Masing bergaduh pasal sambal belacan adabi sapa yang bawak. Arahan oleh Yana buka dan check sambal dalam beg masing-masing. akhirnya sambal adabi berjaya dijumpai masing senyap pelahap tiada terungkap kata-kata.

1450 : Start trekking setelah kekenyangan.

1515 : Selesai cross sungai dan bersedia untuk menghadap trek yang memacak semahu-mahunya.

1540 : Kem Botol (805M ASL) selesai sudah bab memacak yang pertama. Sambil berehat Lan recap Trip Trans Rajah, selaku sweeper yang ditinggalkan oleh peserta-peserta yang laju-laju. Yana dengan soalan ‘kenapa’ berjangkit dari anak buahnya.

1600 : Start trekking setelah puas berehat.

1648 : Kem Renoma (975M ASL) selepas berjumpa marking kuning dan cross kayu balak petandanya kita sudah hampir ke kem ini. berehat seketika untuk makan snack; kurma, biskut, coklat dan bagai-bagai. Selfie hour bersama-sama GoPro.

1713 : Start trekking untuk turun ke sungai dan ke Kem Mangko

1733 : Tiba di sungai 

1807 : Selamat tiba di Kem Mangko hujan gerimis menyambut ketibaan kami dan perlu siap sedia untuk setup tempat beristirehat. Kami dihidangkan dengan desert pengat labu dan cekodok pisang sementara menunggu main course. Sembang bawah fly diketuai oleh doctor pakar antaranya cerita Dr Saufi muka macam Shahrukh Khan. Main game diketuai oleh Zatie game pencuri, perompak, mafia dan macam-macam.

2300 : makan lewat malam kami nasi putih, keli salai dan goreng masak lemak, tauge goreng dan daging keras masak kicap dipadankan dengan air honey lemon. “thirsty?lemon,lemon,lemon,lemon”

Hari - 2 (02 January 2016)


0000 : Giliran kami crew makan lewat malam setelah semua peserta makan. Angin kuat menemani malam kami amat merisaukan kerana dikelilingi pokok mati. kami seolah-olah sedang diperhatikan oleh ‘sesuatu’ yang tidak dapat dikenalpasti. Lelaki bergilir-gilir membuat sentry untuk menjaga keselamatan.

0800 : Sarapan kami disajikan dengan makanan Itali; italian bread bersama tomato telur (susah nak describe)

1050: Briefing di pagi hari tentang perjalanan dan tentative program. Standard content; sampah jangan buang sesuka hati, jangan jalan seorang at least berteman, ada trek binatang hati-hati jika tiada marking trek, bekalan air dan makanan personal secukupnya, headlamp in good condition dengan bateri spare(lagi banyak,lagi bagus).

1055 : Start mendaki untuk hari ini.

1122 : Stop take 5 (1120M ASL) sesi berkenalan dengan mereka adakalanya nama tersasul dan tertukar. Untuk ke sini kena lalu trek yang memacak yang semahunya.

1125 : Start

1148 : Bukit Good Morning (1255M ASL) simpang KKB-Batang Kali. Geng perempuan kerap minum air yang dibawa oleh Mawar (bukan nama sebenar) mereka ialah Angah (bukan nama sebenar), Atiq (bukan nama sebenar) dan Tikah (bukan nama sebenar). Mereka trekking sambil mencari ilham apa yang dibeli untuk next trip. Window shopping cuci mata untuk tengok-tengok apa yang patut. Sesi makan makanan ringan dan sharing makanan yang ada.

1205 : Start trekking menuju puncak.

1350 : Take 5 (1465M ASL) makan snack dan sembang dan gebang topic apa tidak dapat kenalpasti. Perut sudah lapar dan meminta diisikan memandangkan hari sudah menginjak ke petang. Mental Yana sudah memberontak kerana lapar dan tak bertenaga. Meminta untuk makan tengahari disini.

1408 : Start trekking.

1510 : Batu Ular kawasan bertali dan berbatu kiri dan kanan gaung. Sesi bergambar di kawasan batu ini.

1520 : Selesai part Batu Ular dan meneruskan ke puncak seterusnya.

1548 : Tiba di Puncak Gunung Rajah (1660M ASL) catatan jam protrek. Makan late lunch kami di puncak dengan menu agung nasi tomato,ayam masak merah dipadankan dengan air kopi kerunai. Nikmat tak terungkap, rezeki kami di puncak.

1701 : Selesai sesi bergambar dan briefing untuk turun. Hati-hati on trek help others.

1703 : Start 

1727 : Batu Ular

1845 : Take 5 (1270M ASL) borak-borak kosong sambil berehat. Sembang-sembang dengan doktor (muka macam Shahrukh Khan).

1855 : Start

1920 : Stop (1270M ASL) setup headlamp memandangkan hari sudah senja. Makan apa sahaja yang ada. System barter di praktikkan di sini bertukar-tukar makanan yang ada. Mawar (bukan nama sebenar) tiada headlamp. Maka dipinjamkan torchlight oleh Doctor Saufi. Keikhlasan dari seorang lelaki membantu wanita yang memerlukan pertolongan.

1940 : Start dengan formasi baru; yang injured, cramp, berjalan slow di depan untuk mengelakkan terputus.

2008 : Tiba di Simpang KKB-Batang Kali. Bukit Good Morning di waktu pagi dan bertukar Bukit Good Night di waktu malam.

2030 : Stop (1135M ASL) last stop dengan pesanan dari guider cari bawak balik kayu api yang telah dipotong-potong untuk dibuat campfire memandangkan hari semalam tetamu tidak dikenali datang ziarah tetapi agak malu-malu.

2046 : Start trekking.

2122 : Selamat tiba di Kem Mangko (965M ASL) selepas menurun bukit yang tiada penghujungnya. Menu alas perut maggi dicampur dengan bihun sementara menunggu manu utama kue teow ladna. Sesi mandi bergilir-gilir secara berjemaah di anak sungai setelah takungan air siap dibina. Macam game sedang dimainkan oleh mereka di bawah fly. Makan malam kami telah tersedia hasil air tangan Chef Yana dengan menu agungnya kue teow ladna dan side dish pau.

Hari - 3 (03 Januari 2016)

0000 : Yana tiba-tiba bangun dari tidur setelah bermimpi (Subki Hussin dikejar burung hantu). Marah-marah pau gebu-gebu belum habis dimakan dan sambung tidur semula. Sembang-sembang kosong recap trip lama-lama.

0300 : Memulakan tugas (Subki & Syaqiq) sentry kawasan khemah setelah peralihan kuasa dari Doctor Saufi dan rakan-rakan. 

0400 : Memulakan tugas ad hoc sebagai chef lewat malam dengan menu macaroni mushroom soup dan dipadankan dengan air Nescafe. Lan masih setia menunggu untuk menjamah menu agung kami (Subki&Syaqiq) sambil tersengguk-sengguk di atas hammock yang berpuaka (asal masuk sahaja terus lena). Sementara itu mereka di bawah fly saling berdengkur dengan berbagai irama.

0630 : Selesai tugas sentry, maka masa untuk melelapkan mata untuk seketika.

0930 : Celik mata sarapan pagi sudah tersedia iaitu bihun Singapore.

1100 : Menu susulan juga telah siap; donut coklat, donut cheese coklat dan roti cheese untuk dijamah.

1150 : Chef Yana sedang menyediakan menu makan tengahari kami iaitu nasi putih dan ayam masak kicap.

1410 : Siap packing dan bersedia untuk turun setelah dipastikan tiada sampah ditinggalkan.

1427 : Start trekking turun.

Sebelum pulang ke kawasan bertamadun


1510 : Kem Renoma(965M ASL) share air asam goncang.memanjat semahu-mahunya untuk ke sini. 

1515 : Start trekking.

1641 : Simpang Lata Makau(675M ASL) untuk sesi mandi-mandi di sini.

1820 : Start trekking

1910 : Rest dan prepare headlamp(495M ASL) sambil menuggu waktu maghrib tiba-tiba terhidu bau hamis.

2030 : Simpang kebun orang asli

2050 : Tiba di parking.

2115 : Masjid KKB, sesi mencuci badan.

2200 : Makan-makan di Dataran KKB. Macam biasa Zatie ada sahaja yang tertinggal. Kali ini sandal sebelah tertinggal di Masjid. Sesi bersembang-sembang sebelum berpisah untuk seketika.

Sekian.
Nice trip
See you,when I see you.

View dari Puncak Gunung Rajah

Selfie di puncak Gunung Rajah


Catatan log : Subki Hussin

XPDC Gunung Korbu & Gunung Gayung aka KorGa

Trip yang kedua dibuat oleh Nature Heritage, trip untuk mereka yang merindui Gunung Korbu dan Gunung Gayung. Di Semenanjung Malaysia, Korbu...

Trip yang kedua dibuat oleh Nature Heritage, trip untuk mereka yang merindui Gunung Korbu dan Gunung Gayung. Di Semenanjung Malaysia, Korbu gunung kedua tertinggi (2,183 meter) dan Gayung keempat tertinggi (2,173 meter) ia adalah ranking gunung yang diberikan oleh penggiat outdoor. Komunikasi menjadi lebih mudah dengan adanya whatsapp, aplikasi yang penting untuk berbincang dan update status terkini. Beberapa peserta menarik diri di saat akhir. Namun ia tidak mengganggu perjalanan trip Korga 2015. Semua perancangan berjalan dengan lancar sehingga hari kejadian. Antara perbincangan nya ialah arrangement kereta, masing-masing di lokasi yang berbeza ada yang dari Lembah Klang, Ipoh, Nibong Tebal, Temerloh. Semua peserta tidak diketahui latar belakang mereka, excited untuk bertemu orang baru. Juga diberitakan banyak group akan ke KorGa dengan anggaran kekuatan anggota 150 orang akan berkampung di sana. Macam-macam strategi dan plan disusun untuk melancarkan perjalanan trip Korga 2015. Antaranya ialah tidur di Puncak Gayung jika Puncak Korbu penuh sesuatu yang perit memandangkan peserta yang tidak diketahui latar belakang mereka.

Tarikh                   : 1 - 4 May 2015
Ahli Rombongan : Lan, Yana, Yanie (bukan nama sebenar), Subki, Hanin, Yana Muda, Fahmi, Nadia, Korek (bukan nama sebenar), Cham, Azim, Piee, Abg Fendi, Zara, Su (bukan nama sebenar), Mid.

Hari 0 - (30 April 2015)

2050 : LRT Taman Melati ke KL Sentral.

2123 : KL Sentral, tiba di KL Sentral seperti yang dijanjikan 2130. Namun driver masih tidak muncul. Hanin bergerak siang-siang hari balik kampung (mintak restu emak dan ayah), Fahmi, Nadia, Su, Mid bergerak dari Klang. Abang Fendi bergerak ke kampung iaitu Malim Nawar (kampung isteri) dan Piee, Korek, Azim, Cham dari Nibong Tebal. Yana, Subki, Yanie(bukan nama sebenar), Zara bergerak ke Slim River (Restoran Aloha) untuk bertemu guide kami Lan.

2205 : Bertolak dari KL Sentral. Jalan jammed dengan bantuan waze iphone Yanie kami dapat sedikit mengelak jammed yang melampau di sekitar Kuala Lumpur. Masing-masing kepenatan dan mengantuk. Pada mulanya meeting point yang dipersetujui ialah Rawang tetapi kesesakkan yang teruk membatalkan niat kami. Maka meeting point baru iaitu di masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta.

Hari 1 - (01 May 2015)

0005 : Tiba di Restoran Aloha untuk bertemu Noor Azlan guide bertugas untuk trip kali ini. Makan dipesan sambil berkenalan dengan Zara, dari Sandakan Sabah. Trip bermalam yang pertama baginye. Trip terdahulu hanya day trip sahaja. Sambil status update oleh Nadia, mereka sudah melepasi Sungkai dan perjalanan lancar ke arah utara.

0125 : Bergerak dari Restoran Aloha, sebaik selesai makan lewat malam. Perjalanan diketuai oleh Lan. Exit Bidor dari jalan lama ke highway untuk mempercepatkan perjalanan kami. Memandangkan ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum mendaki. Topik perbincangan kami adalah tentang peserta-peserta. Dengan mengharapkan yang terbaik dari mereka. Juga berharap budak USM gagah-gagah untuk menjayakan trip ini.

0325 : Selamat tiba Petron Ulu Kinta seperti yang dijanjikan. Ada beberapa buah kereta di Stesen Petron. Masing-masing teragak-agak untuk menyapa, mereka yang tengah tidur (Fahmi, Nadia, Su, Mid) manakala Piee, Korek, Azin, Cham senang disapa oleh kami memandangkan hanya kereta mereka sahaja plat dari Pulau Pinang.

0400 : Urusan mengagihkan ration sepatutnya dibuat di Masjid An-Nur, tetapi tidak kali ini kerana pintu masjid berkunci, mungkin atas faktor keselamatan disebabkan banyak kes yg tidak diingini berlaku di masjid ini atau arahan pihak berkuasa untuk menutup pintu pagar. Maka kami kembali ke petron untuk mengagihkan ration. Urusan ini dibuat oleh Lan yang sudah mahir dan berpengalaman setelah memegang portfolio pengagih ration semenjak menyertai Penyamun. Setelah diperiksa beras kami tertinggal di rumah Yana. Kelam kabut sekejap memandangkan waktu pagi kedai belum beroperasi. Tetapi dangan bantuan budak-budak distesen petron kami diberitahu ada kedai 24 jam beroperasi, iaitu Save.

0600 : Selesai agihan ration, Hanin dan Yana Muda tiba di Petron untuk menyertai kami. Pick and packing bag masing-masing.

0728 : Final check and pack sebelum bergerak pergi sarapan pagi dan pack lunch. Abang Efendi tiba bersama isteri dan anak mengiringi makan sarapan pagi.

0830 : Selesai sarapan dan bersedia untuk Empangan Sultan Azlan Shah kira-kira 15 minit perjalanan.

0845 : Tiba di empangan, disambut oleh pakcik guard, dia mendakwa sudah “ramie oghang masuk” pagi tadi satu lori masuk. Sempat jugak dia memberi petua, kalau nak ambil rotan boleh, cuma jangan digulung rotan tersebut, akibatnya ‘gerenti sesat’ ini petua askar, jangan main-main katanya. Kami dibenarkan masuk dengan adanya surat kebenaran memasuki empangan.

Kalau nak ambil rotan boleh, cuma jangan digulung rotan tersebut, akibatnya ‘gerenti sesat’ ini petua askar

0905 : Tiba di starting point (375M ASL), sudah kelihatan kereta di sini sedang bersiap-siap untuk ke Korbu dan Gayung. Sesi berkenalan dan bertegur sapa di antara kami. Tertarik dengan fakta budak kecik anak sekitar 4 tahun, sudah 12 gunung dijejakinya. Sambil bercerita kami membuat persiapan terakhir sebelum mendaki. Briefing oleh Lan selaku guide jangkaan masa yang akan diambil hanya kira-kira 4-5 jam sahaja. Perlu meredah sungai 7 kali dan mendaki ‘Bukit Taubat’ sekali. Seterusnya tiba di Kem Seroja destinasi budget kami.

0935 : Memulakan pendakian setelah jelas dengan penerangan yang diberikan.

1006 : Stop take 5 (440M ASL) ramai yang kepenatan. Yanie (bukan nama sebenar) berehat bersama-sama group lain. Berehat sambil bercerita diet, diet atkins, diet tanpa karbohidrat, sesuatu yang tidak seimbang jika nak melakukan aktiviti lasak kerana tiada bekalan tenaga dari karbohidrat.

1011 : Start setelah berkeyakinan dapat meneruskan perjalanan.

1053 : Stop take 5 (490M ASL) diminta oleh Yanie (bukan nama sebenar). Mereka yang lain sudah hilang entah ke mana, hanya kami berdua sahaja yang masih tertinggal di belakang. Seperti yang dipersetujui saya akan menemani Yanie (bukan nama sebenar) untuk trip kali ini.

1101 : Start

1110 : River crossing (500M ASL) perlu berhati-hati menyusuri lereng sungai berbatu dan kayu.

1140 : Stop (530M ASL). Yanie (bukan nama sebenar) request untuk berhenti untuk off handphone jimatkan bateri katanya.

1206 : Start

1220 : Stop Sungai ke-2 (550M ASL). Yanie (bukan nama sebenar) kaki lenguh. Asam boi shake dengan air sungai tanpa gula, nikmat dan rezeki kami tengahari itu.

1238 : Start setelah kembali bertenaga.

1300 : Sungai ke-3 (570M ASL)

1305 : Sungai ke-4 (580M ASL) take 5. Yanie (bukan nama sebenar) penat katanya.

1321 : Start

1355 : Stop (615M ASL) mental katanya Yanie (bukan nama sebenar). Nak panggil helicopter untuk rescue dan tetapi kos untuk helicopter tidak diketahui berapa bayarannya.

1429 : Start setelah terjaga dari lena.

1440 : Sungai ke-5

1445 : Sungai ke-6

1450 : Sungai ke-7

1455 : Waterfall (640M ASL) Fahmi dan Nadia sedang berehat kira-kira 30 minit di sini dan mereka yang lain sudah bergerak ke Kem Seroja melalui Bukit Taubat. Makan tengahari nasi goreng yang dibeli di kedai sebelah masjid. Yanie(bukan nama sebenar) tertinggal nasi dalam kereta. Share nasi goreng dan air honey dew asam boi match sweet sour taste. Berehat sekejap memandangkan pendakian sebenar akan bermula selepas waterfall ini.

1600 : Group dari cheras tiba dengan kekuatan anggota 10 orang, bergerak dari bawah jam 1200.

1628 : Mula packing bag untuk meneruskan perjalanan ke Kem Seroja. Group mereka juga bergerak setelah melihat kami mula packing bag. Transfer ration Yanie(bukan nama sebenar).

1725 : Stop (810M ASL) Recap trip Chabang, soalannya adakah Bukit Taubat lebih hardcore dari Chabang. Rasainye sendiri pasti akan ada jawapannya.

1732 : Stop anak sungai ke-2(825M ASL)

1824 : Selamat tiba di Kem Seroja (825M ASL), 37 (disc oren). Trekking dalam hujan untuk 20 minit terakhir. Redha dan pasrah sahaja. Mereka yang lain kering dan sedang lena diulit mimpi dalam sleeping bag masing-masing.

2026 : Chef Yana sedang menyediakan makan malam kami dengan menu istimewa kari ayam, terung goreng sambal dan telur dadar.

2120 : siap makan malam. Tiada sangat sesi sembang-sembang bawah fly kerana masing kepenatan tidak tidur seharian. Hanya warga tua sahaja yang masih berjaga. sembang sembang recap of the day.

Hari 2 - (02 May 2015)

0700 : Selamat pagi, Chef Yana sedang menyediakan sarapan dan makan tengahari. Makan sarapan roti canai cicah kari ayam dan makan tengahari nasi putih dan lauk ayam masak kicap. Walaupun menu asalnya ialah nasi goreng tetapi terlupa masak nasi pada waktu malam semalam. Semacam biasa Su (bukan nama sebenar) akan minta makan lebih dari orang lain. Selesai sarapan, sesi packing bag masing-masing dengan ration yang telah diagihkan dan barang personal. 2 orang runner dihantar untuk mencari campsite di Puncak Korbu bergerak seawal mungkin. pendakian hari ini ialah yang tough untuk trip ini, kerana perlu membawa air 2 botol bersamaan 3 liter setiap orang untuk kegunaan trip untuk personal tidak terbatas boleh membawa sebanyak mungkin.

1005 : Start trekking di bahagian belakang dan bertindak sebagai sweeper perlahanan-lahan mengatur langkah mengekori step Fahmi dan Nadia.

1134 : Take 5 (1015M ASL) Yanie (bukan nama sebenar) menampal ‘koyok’ dan menyapu minyak unta untuk menambah kelajuan dan kekuatan kakinya.

1138 : Start

1215 : Stop take 5 (1070M ASL), makan kurma, honey date, red date. Sambil topic perbincangan MC hari selasa nanti oleh Nadia dan Yanie (bukan nama sebenar).

1225 : Start trek mendaki. Yanie (bukan nama sebenar) perlahan-lahan berjalan kaki sudah cramp dan mental agak sedikit terganggu melayan bukit.

1333 : Kem Kijang (1080M ASL), akhirnya tiba juga di sini setelah mental terganggu dengan trek yang mendaki. Perlu memanjat 2 bukit dan cross 2 anak sungai. di Kem Kijang berhenti untuk membuat kopi kerana kesejukan hujan yang tiba-tiba turun. Tumpang berteduh dari hujan di fly kawan-kawan group lain. Dengan bekalan tenaga kopi diharapkan ada boost sedikit untuk meneruskan perjalanan ke last waterpoint yang kira-kira 1500M ASL.

1343 : Start

1430 : Stop untuk lunch (1225M ASL) lunch nasi putih dan ayam masak kicap. Kelaparan yang sangat-sangat. Port yang baik untuk lunch, ada sebatang kayu melintang duduk bagai di atas kerusi. Yanie (bukan nama sebenar) meminta kuah kicap dari saya. Nasi dibahagi kepada 2 bahagian, satu untuk sekarang, satu untuk masa hadapan.

1449 : Start trekking selepas level tenaga bertambah sedikit.

1500 : Hujan turun di simpang trek yang ditutup. Tidak dapat dikenalpasti ke mana hala tuju trek tersebut. Bermulalah episod kami mendaki dalam hujan mengigil menahan sejuk naik dan turun mengharungi trek ini.

1630 : Last water point (1560M ASL) dalam perjalanan ke sini, masih keliru mencari last water point kerana deruan air di sebelah kanan, menandakan sudah hampir tetapi masih tidak kelihatan. Akhirnya berjumpa juga last water point, kelihatan 2 khemah milik pendaki dari group lain, khemah yang cantik jenama Luxe Outdoor model seperti Habitat 2. Di atas sana Nadia, Fahmi, Hanin, Abang Fendi sedang menunggu kehadiran kami. Berehat sekejap makan nasi yang disimpan semasa lunch. Bersembang-sembang dengan group dari Johor guider bernama Apek. Rehat dalam hujan beratapkan flysheet celoren askar Abg Fendi. dapat sedikit menahan titisan air hujan dari terus mencurah kami.

1755 : Start trekking setelah Hanin, Abang Fendi, Nadia, Fahmi yang terlebih dahulu meninggalkan kami (Subki, Yanie).

1910 : Stop take 5 (1800M ASL), lapar memandangkan sudah masuk waktu dinner jika di asrama sekolah. Red date menjadi habuan kami sebagai pembekal tenaga. Untuk ke sini saya terpaksa mengejar Yanie(bukan nama sebenar) telebih dahulu bergerak meninggalkan saya yang terpaksa berhenti membetulkan beg yang sudah lari dari fitting asal mungkin disebabkan over weight barang-barang diisikan. Tiba-tiba perasaan risau datang kerana masih belum menemui jejak Yanie(bukan nama sebenar), namun bernasib baik kerana group yang turun memberi info kawan perempuan sedang berseorang berjalan menuju Puncak Botak, lega sekejap.

1928 : Start trekking setelah yakin tenaga sudah kembali ke level maksimum.

1950 : Selamat tiba di Puncak Botak (1855M ASL) kembali bersemangat kerana berjaya untuk tiba ke puncak ini walaupun dalam keadaan gelap. Lagi 2 puncak untuk ditawan, Puncak Chuban dan Puncak Korbu. Tiba-tiba persoalan dari Yanie (bukan nama sebenar) itu ke kita nak pergi (Puncak Chuban)? Saya menjawab kita nak pergi di sebalik puncak tu(Puncak Chuban). Mental kembali down sedikit memandangkan hujan mula membasahi kami.

2238 : Selamat tiba di Puncak Chuban (2060M ASL) rehat sekejap, layan view Bandar Ipoh, setelah berhempas pulas melayan trek yang memacak yang seolah-olah tiada kesudahan, trek yang hancur, lumpur, akar yang licin, gaung di kiri dan kanan. Dalam perjalanan ke sini bunyi-bunyi katak dan cengkerik seolah-olah menggelakkan kami yang tidak habis-habis berjalan dalam gelap, hujan, sejuk, lumpur.

2249 : Bergerak dari Puncak Chuban, dari jauh kelihatan headlamp Abg Fendi dan Hanin sedang struggle mendaki ke puncak.

Hari 3 - (03 May 2015)

0030 : Selamat tiba di Puncak Korbu (2180M ASL), akhirnya kami berempat (Nadia, Fahmi, Yanie, Subki) tiba setelah berhempas pulas untuk tiba ke sini. Ketibaan kami disambut dengan jamuan air kopi dan berbungkus-bungkus megi. Abang Fendi dan Hanin diberitakan tiba pada 2340, Lan dan lain-lain 2100 dan runner kami tiba 1700. Sila betulkan timing masing-masing.

0100 : Sesi sembang-sembang recap kembali perjalanan dari Kem Seroja ke Puncak Korbu. sambil menikmati megi asam laksa di dalam sejuk Puncak Korbu. Segala perancangan sudah dibuat apabila turun nanti, Yanie(bukan nama sebenar) nak MC, Hanin nak EL (kenduri doa selamat). Hanin punya early birthday present, reward untuk diri sendiri, katanya last year di laut,this year kena di atas puncak baru lah ikut konsep Yin & Yang. Tetapi perjalanan tidak seperti yang disangka, info awal trek santai-santai semua orang excited. Menyesal pun ada, kenapa lah buat kerja gila ini sejuk, pacak, lumpur, hujan, trek licin. Topik lain, mengenangkan trek yang hardcore sudah berjaya ditawan oleh para peserta yang rata-ratanya pertama kali mendaki gunung kategori G7(ranking oleh kaki gunung Malasysia). Tahniah untuk mereka.

0300 : Selamat malam semua. Tidur dalam suasana sejuk 12’c.

0700 : Selamat pagi, Chef kami sedang menyediakan sarapan dengan menu istimewa Bihun Goreng, pagi yang gelap kini sudah terang dengan suhu 13’c. sarapan dalam kesejukkan melawan tiupan angin di Puncak Korbu.

0839 : Bermulalah pendakian kami setelah selesai sarapan, perkara yang amat sukar dibuat ialah menyarung baju, seluar, stoking, kasut yang basah di pagi hari. Sesuatu yang perit untuk dikenangkan. Namun apa bo;eh buat, perlu hadapanya juga.

1015 : Tiba di Puncak Gayung (2173M ASL) setelah penat melayan turun dan naik trek ke sini. Tetapi terubat juga dengan permandangan yang cantik berbalam-balam gunung di Banjaran Titiwangsa. Antaranya yang jelas kelihatan Yong Yap, Bubu Tok Nenek. Lain-lain gunung ialah Yong Belar, Gayong, Warpu, Suku, Siku, Swettenham, Cecil, Penelope, Yellow, Pass, Irau, Berinchang, Berembun, Perdah, Jasar, Ruil, Mentigi, Cantik, Centuk, Terbakar, Duri, Bunting dan lain-lain. Sesi bergambar sebagai kenang-kenangan kami (Lan, Subki, Piee, Cham, Korek, Azim, Abg Fendi, Fahmi, Su, Mid, Zara, Yana Muda).

1040 : Trekking balik ke Korbu.

1242 : Tiba di Korbu dengan makan tengahari sudah tersedia hasil dari chef Yana dan bantuan oleh Yanie, Hanin, Nadia. Menu istimewa kami berupa nasi beriyani lauk ayam.

1422 : Start trekking turun setelah selesai packing bag masing-masing.

1641 : Selamat tiba di Puncak Botak (1860M ASL) sesi bergambar kenang-kenangan, bersama-sama Puncak Chuban setelah 2 hari lepas malu-malu menampakkan bentuk fizikalnya(trekking dalam gelap). Untuk turun ke sini lagu special untuk Korek berjudul Lobang Korek oleh Hang Mokhtar. Su (bukan nama sebenar) dikhabarkan lapar sangat, meratah kari Brahim yang belum masak. . Yanie (bukan nama sebenar) telah berdesup laju meniggalkan kami. Katanya ada improvement, good news for me, timingnya bagus.

1655 : Bergerak turun dari Puncak Botak selepas selasai sesi bergambar dan berehat. Bermula episod suka dan duka kami di group belakang (Abg Fendi, Hanin, Nadia, Fahmi, Subki). Sebaik sahaja melepasi Bukit Botak, kabus tebal menyelubungi perjalanan turun kami, seem to be day of gloomy for us. Hujan turun memberi dugaan baru kepada kami, trek licin, lumpur, sejuk. Tiada banyak bercakap kerana mungkin mengenangkan apa akan terjadi selepas ini atau mungkin mental sudah goyang memandangkan hari semakin mencemburui kami

1804 : Selamat tiba di Last Water Point (1,560M ASL) masing kesejukkan, minum kopi ala kadar sebagai pemanas badan. Berehat sekejap meredakan kaki dan lutut yang semakin haus menahan beban badan dan haversack masing-masing. Trek yang menurun tak habis-habis.

1919 : Bergerak dari Last Water Point. Hanin injured, slowly turun menyusuri trek, Nadia juga seakan-akan mmengekori jejak Hanin. Semakin perlahan step diatur, diburukkan lagi dengan penggunaan reading headlamp untuk trekking. Cahaya yang samar-samar meredah trek yang berakar, lopak, licin, lumpur, curam. Berhenti sekejap untuk Hanin makan pain killer Celebrex, kerana sudah tidak tahan sakit lutut yang bergesel, ngilu mendengarnya, ngilu dan sakit lagi orang yang menghadapinya.

2145 : Selamat tiba di Kem Kijang (1,080M ASL) Abang Fendi tersalah memberi info kepada Hanin. Kerana yakin sudah sampai ke Kem Seroja. Rupa-rupanya Abang Fendi pun tak ingat lokasi campsite. Suasana gembira menjadi suram semula, dengan penjelasan oleh saya kita akan ke Kem Seroja dan dijangka akan tiba kira-kira jam 0000 waktu Korbu. Hanin yang semakin perit menahan sakit lutut, jelas terlihat diraut wajahnya. Saya mengambil tugas untuk lead the pack kerana Abang Fendi sudah tidak ingat trek.

2205 : Transfer barang-barang dari beg Hanin ke haversack saya, untuk meringankan beg digalasnya. Barang yang ditransfer; sleeping bag,baju-baju,alat solek dan macam-macam lagi. Sambil proses transferring berjalan, kurma, red date, honey date menjadi pembekal tenaga kami.

2215 : Selesai proses transfer barang, kami meneruskan perjalanan, trek yang mendaki sedikit dan perlu menuruni sehingga ke lembah, kawasan yang agak rendah di kawasan sungai. soalan wajib yang ditanya oleh setiap pendaki ialah, jauh lagi ke nak sampai. Jawapan jujur dari saya,kita perlu menuruni bukit ini sehingga ke sungai dan apabila sudah tiba di sungai destinasi kita tidak jauh dari kawasan sungai ini. Sungai sebagai tanda dan pemberi semangat kami untuk dituju. Kawasan menurun ini menambah perit Hanin kerana lutut sudah tidak boleh dibengkokkan, jalan sesekali mengundur dengan arahan step by step oleh saya, kadang-kadang gelongsor. Keadaan bertambah sukar kerana Hanin tiada headlamp untuk mengatur stepnya dengan mengharapkan bantuan lampu DIY yang disangkut dileher yang dipinjamkan oleh Abang Fendi. Untuk melancarkan perjalanan kami,saya membuat pertukaran headlamp saya dengan torch light divingnya. Berjaya untuk tiba di kawasan lembah maka torture sudah semakin berkurangan, pressure di lutut kurang, cuma tapak kaki yang pedih melecet, macam disiat-siat, kaki sudah mengembang kerana basah sejak dari mula turun. Kawasan lembah perlu berhati-hati, kerana ia adalah wilayah binatang-binatang yang mencari mangsa terutamanya pada waktu malam. Berjalan serapat dan selaju yang boleh untuk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini. Mercun dan parang menjadi sahabat karib jika lalu dikawasan ini. Kami selamat melalui kawasan ini tanpa ada sebarang masalah. Keceriaan kembali memihak kepada kami kerana sudah menghampiri kawasan Kem Seroja. Dengan kehadiran tanda-tanda pokok tumbang, kawasan paya. Hanin sesekali bertanya jauh lagi ke? jawapannya kita dah sampai.

Hari 4 - (04 May 2015)

0040 : Kem Seroja (825M ASL), syukur, lega ,ceria kembali setelah perit menahan lutut menuruni bukit yang tak habis-habis. Welcome drink kopi panas untuk kami.Yana sedang menyediakan makan lewat malam, berupa futtucini carbonara sebagai reward untuk semua. Mereka yang lain sudah tidur dan sesi recovery. Makan lewat malam sudah siap, masing-masing lapar. ‘eat’,’sleep’,’hike’ konsep berjaya dipraktikkan dengan sempurna oleh mereka. Terutamanya Korek (bukan nama sebenar) yang lebih kepada aktiviti tidur.

0200 : Selesai mandi dan sesi merawat kaki,makan ubat. Sesi sembang-sembang saya dan Lan. recap of the day; runner tiba sekitar 1800, Group Lan tiba 2100, group Lan dikhabarkan semua sudah mental, cramp, jalan mengundur oleh Su (bukan nama sebeanr), sliding dan macam-macam gaya lagi. Yanie (bukan nama sebenar) makan ubat macam makan ‘cekelat’ loghat orang utara. Yana (headlamp dan tongkat) dipinjamkan kepada orang peyudahnya dia yang menggagau mencari trek. Salute kepada mereka semua kerana semua pertama kali mendaki Gunung Kategori G7 (7,000ft summit di Semenanjung Malaysia) kerjasama, tolong kawan, spirit of comrade dipraktikkan.

0400 : Lan sudah tidur sekitar jam 0340, saya pun mengikut jejaknya. Selamat malam semua.

0730 : Chef Yana, sedang menyediakan donut coklat dan cekodok kentang. Tiba-tiba Su (bukan nama sebenar) bangun dari lena meminta fettucini carbonara semalam. Dari lama dia mengintai rasanya. Minuman sudah tersedia iaitu herba china, katanya bagus untuk pengaliran darah mengembalikan tenaga.

0800 : Sesi borak-borak pagi, mengenangkan trek semalam dan macam-macam cerita dan kisah pengalaman masing-masing, study, kerja, privous aktiviti, kongsi meaning lirik lagu. Megi dimasak lagi atas permintaan Su(bukan nama sebenar). Welcome drink (kopi campur garam) semua dapat merasainya. Fahmi dan Nadia, sudah bergerak turun lebih awal memandangkan pergerakkan mereka yang agak perlahan dan dibekalkan dengan stove, mestin, bubur oat.

1100: Sarapan pagi sudah siap kentang dan donut coklat. Jiran-jiran kami kagum dengan menu pagi kami. bersembang-sembang dengan akak dari Penang yang membawa anaknya ke Korbu. katanya anak dia sudah biasa dan suka apabila masuk hutan, sudah pandai komen view gunung yang cantik dan tidak.

1345 : Final check and packing, get ready to move out.

1410 : Start trekking turun.

1510 : Water Fall (640M ASL) berakhirnya penderitaan untuk sekejap setelah menuruni memanjat dan menuruni Bukit Taubat. Perlahan-lahan kami berjalan di group belakang. Ada yang sedang seperti menahan kesakitan semasa trekking. Berehat di sini dengan makan tengahari menu nasi goreng dan air sungai. Halangan seterusnya ialah, 7 river crossing, juga perlu berhati-hati kerana licin dan air sungai kemungkinan deras memandang musim hujan.

1552 : Start trekking turun, selepas selsai rehat dan lunch. Hujan turun selebat-lebatnya. Perlu berhati-hati batu licin dan kepala air. Melalui lereng bukit di tepi sungai yang berselut, licin, berbatu.

1722: Tiba di sungai terakhir, berakhirnya debaran sekejap memandangkan hujan lebat dan air sungai menampakkan sedikit kekeruhan. Dibimbangi kepala air akan datang secara tiba-tiba.

1822 : Selamat tiba di starting point (375M ASL). Semua sudah excited apabila melalui kawasan kebun-kebun orang asli. Sesuatu yang manis untuk dikenang kerana berjaya menawan puncak Korbu dan Gayung. Fahmi dan Nadia tiba beriringan dengan kami yang bergerak kemudian dari mereka. Fahmi terjatuh dari gaung, bernasib baik tiada apa-apa yang berlaku.

1920 : Meninggalkan dam untuk ke Masjid An-Nur selepas sesi bergambar di pintu masuk dam.

1930 : Masjid An-Nur. Pada mula bersetuju untuk ke sini tetapi semua bertukar fikiran ke Petron, saya seorang sahaja di masjid ini. Hanin dan Yana Muda terus balik ke rumah mereka.

2030 : Makan-makan di Eight Miles. Macam-macam makanan diminta makanan dan air yang colorful sebagai rewards untuk diri masing-masing.

2200 : Bergerak dari Eight Miles. Setelah kenyang dan yakin boleh meneruskan ke destinasi masing-masing. ada yang ke Nibong Tebal, Klang, Ipoh, KL.

0220 : Selamat tiba di Gombak Setia. Kawan-kawan yang lain pun diberitakan sudah selamat ke destinasi masing.

























Nice to meet you my new friends. Berpisah untuk sementara ada rezeki kita jumpa lagi.

See You, When I See you.

Catatan log : Subki Hussin